Friday, January 22, 2010

Moving average


Contoh garisan exponential moving average bernilai 5 dan 10.

Moving average adalah garisan yang melambangkan purata pergerakan setiap candlestick di timeframe yang anda pilih.

Katakan anda memilih timeframe 1 jam dan meletakkan nilai 10 untuk moving average anda. Ini menunjukkan purata pergerakan 10 candlestik timeframe 1 jam yang dilambangkan dengan garisan.

Dan katakan anda letakkan satu lagi moving average yang bernilai 5 ditimeframe 1 jam anda. Ini bermakna purata pergerakan 5 candlestick ditimeframe 1 jam dalam bentuk garisan.

Anda dapat perhatikan moving average bernilai 5 akan lebih sensitif pergerakanya berbanding moving average bernilai 10 kerana pengiraan purata 5 candlestick lebih laju berbanding pengiraan 10 candlestick.
Apabila berlaku persilangan antara 2 garisan moving average ini bermakna keberangkalian graf bersedia bertukar arah dan disini para trader akan mengambil peluang untuk membuka order buy/sell.

Moving average terbahagi kepada beberapa jenis antaranya exponential, simple, smoothed dan linear weighted. Setiap jenis moving average mempunyai kekuatan dan kelemaham masing-masing.

Agak sukar untuk saya cadangkan moving average apakah yang sesuai dalam trading forex ini. Namun jika untuk sekadar cadangan, saya rekemenkan anda exponential moving average(EMA)7 dan 14 digunakan di timeframe 30 minit selain EMA 5 dan 10 juga di timeframe 30 minit. Lebih molek jika anda memasuki market dengan merujuk kepada trend 4 jam dahulu.

1 comment:

  1. trsfing dengan memanfaatkan moving average ini di octafx kerapkali digunakan dan digabungkan dengan support dan resistan hal ini untuk membantu dalam mendapatka kenyamanan trading dengan menggunakan analisa yang lebih tepat lagi, untuk pemanfaatan mata uang yang dipakai tentu dengan melihat dulu oair mana yang mempunyai pair rendah dan pergerakan yang baik

    ReplyDelete