Showing posts with label Asas forex. Show all posts
Showing posts with label Asas forex. Show all posts

Thursday, February 11, 2010

Chart pattern

Head and shoulder

Head and shoulder mesti mempunya 4 element ini iaitu :

right shoulder.
head yang mana lebih tinggi dari right shoulder dan left shoulder.
left shoulder yang mempunya1 ketinggian lebih kurang right shoulder.
neckline yang berfungsi sebagai support. Dilukis dengan mengambil low antara left dan right shoulder.




Setelah kita mengesan terdapat pattern head and shoulder, lukiskan neckline dan masuk position sell apabila harga melepasi neckline tersebut.

Double top pattern

Double top pattern adalah dua high prices yang mempunyai nilai hampir sama.Dan mempunyai satu nilai yang boleh dibuat support untuk memudahkan trader memasuki pasaran sell. Namun bagi trader yang sudah berpengalaman mereka mampu mengenal reversal yang terjadi dari pattern ini hanya berdasarkan kepada bentuk candlestick.



Enter trade apabila harga melepasi support yang dikenalpasti dalam pattern ini



Double bottom

Pattern ini merujuk kepada dua harga terendah yang mempunyai nilai hampir sama dan mempunyai satu harga resistance untuk memudahkan trader memasuki pasaran buy. Bagi trader yang sudah berpengalaman fungsi candlestick sangat berguna untuk mengesan reversal pada pattern ini.

Monday, January 25, 2010

Apa itu Forex

Forex adalah singkatan kepada foreign exchange atau tukaran matawang asing dalam Bahasa Melayu. Forex dijalankan secara berpasangan matawang dengan menjual satu matawang kepada matawang lain atau membeli dari satu matawang kepada matawang lain.

Contoh :

Pasangan GBP/USD
GBP = Pound sterling
USD = USA dollar

USD adalah matawang major dan GBP adalah minor. Jika anda melihat graf untuk pasangan matawang ini anda akan melihat pergerakan nilai pip USD.

Bagaimana anda memperolehi keuntungan dalam urusniaga forex

Konsep 'Buy' dalam forex.

Katakan anda memilih pasangan GBP/USD untuk urusniaga forex anda. Anggap diri anda sebagai rakyat USA yang ingin melancong ke UK. Anda perlu membeli sejumlah GBP untuk memudahkan perjalanan anda ke UK kelak. Katakan anda membeli GBP1000.00 dan nilai terkini untuk GBP1000.00 adalah USD1650.00. Jadi anda perlu membayar USD1650.00 untuk membeli GBP1000.00.

GBP1000.00 = USD1650.00

Dan secara tiba-tiba setelah anda membeli GBP anda tak jadi melancong ke UK. Jadi anda perlu menjual kembali matawang GBP1000.00 ke nilai USD. Jadi adalah lebih bijak jika anda menunggu sehingga tukaran untuk GBP1000.00 = USD1660.00 dan anda akan memperolehi USD10.00 sebagai keuntungan anda.

GBP1000.00 = USD1660.00

Anda telah untung USD10.00 disebabkan peningkatan pergerakkan nilai USD


Konsep 'Sell" dalam forex.

Setelah rancangan anda melancong ke UK batal, anda telah menjual GBP1000.00 dengan harga USD1660.00 dan memperolehi USD10.00 keuntungan. Tiba-tiba rakan anda di UK pula ingin meminjam duit anda sebanyak GBP1000.00. Jadi anda perlu membeli kembali GBP1000.00. Jika anda membeli GBP1000.00 pada harga sekarang pada nilai USD1660.00 anda akan kehilangan keuntungan USD10.00 tadi.

GBP1000.00 = USD1660.00

Jadi untuk terus memastikan anda tidak kehilangan USD10.00 tersebut anda perlu memastikan kadar tukaran GBP1000.00 lebih rendah dari nilai USD1660.00. Setelah menanti selama 2 hari akhirnya tukaran untuk GBP1000.00 turun kepada USD1600.00 dan anda terus membeli GBP1000.00 pada harga tersebut. Jadi disini anda telah memperolehi keuntungan USD60.00 kerana membeli GBP1000.00 pada kadar harga USD1600.00 dari jumlah asal anda USD1660.00.


GBP1000.00 = USD1600.00

Anda memperolehi keuntungan USD60.00 anda hasil penurunan pergerakan nilai USD.

Jadi saya harap anda faham mengapa ketika kita 'buy' kita mengharapakan graf GBP/USD menaik dan bila kita 'sell' kita mengharap graf GBP/USD menurun.

Apa itu 'PIPS'

Bila kita bertrading forex, kita akan melihat pergerakan di graf kita. Setiap pergerakan itu digelar 'PIP'. PIP adalah singkatan kepada percentage in point. Katakan pergerakan pasangan GBP/USD dari 1.6150 kepada 1.6200 bermakna pasangan GBP/USD telah bergerak sebanyak 50 pips.


Lot

Lot adalah sejumlah wang yang kita tradekan semasa kita membuka position kita.

Lot dikira dengan menggunakan matawang minor.

Lot terbahagi kepada 1 lot, 0.1 lot dan sekarang kebanyakan broker sudah menyediakan 0.01 lot.

1 lot = 100,000 matawang minor. 1 pip lebih kurang USD10.00
0.1 lot = 10,000 matawang minor. 1 pip lebih kurang USD1.00
0.01 lot = 1000 matawang minor. 1 pip lebih kurang USD0.10

Contoh :

Pasangan GBP/USD. GBP adalah matawang minor. Jika kita buka position buy 1 lot untuk pasangan GBP/USD bermakna kita perlukan GBP100,000 untuk meneruskan trading kita.

Mana hendak cari sampai GBP100,000? Dalam forex disediakan kemudahan leverage.


Leverage

Leverage adalah kemudahan kewangan yang disediakan oleh broker kepada trader diatas perjanjian dan persetujuan antara broker dan trader ketika trader membuka akaun bersama broker tersebut.

Apa yang dimaksudkan dengan kemudahan kewangan? Apabila trader menggunakan leverage contohnya 1:500 dalam tradingnya ini bermaksud modal trader tersebut telah digandakan sebanyak 500 kali. Jadi jika trader meletakkan deposit sebanyak USD1000, trader tersebut mempunyai kekuatan modal sebanyak USD500,000. Trader boleh membuka position 1 lot dengan hanya bermodalkan USD323 namun ini sangat berisiko kerana leverage boleh menjerat trader jika gagal diuruskan dengan bijak.

Contoh pengiraan leverage 1:500 untuk pasangan GBP/USD (initial capital USD1000):

Untuk buka akaun 1 lot = GBP100,000 = USD161,500

USD161,500 (Nilai 1 lot dalam USD) / 500 (Leverage) = USD323
Modal untuk buka 1 lot hanya USD323. Namun ia sangat berisiko kerana 1 lot untung/rugi untuk 1 pip adalah USD10.00.

Baki margin yang tinggal
USD1000(initial capital) - USD323(modal untuk 1 lot) = USD677 (baki margin yang tinggal)
USD677 (baki margin yang tinggal) / USD10(untung/rugi setiap pips) = 67 pips

Jadi anda hanya dapat bertahan 67 pips. Jika market bergerak berlawanan dengan position anda sebanyak 67 pips maka margin call akan menjengah anda.



Jadi ini adalah serba sedikit pengenalan forex sebelum anda memulakan trading anda. Untuk memulakan trading forex anda, anda perlu belajar asas teknikal dalam forex. Untuk belajar asas-asas teknikal forex anda boleh memilih tajuk-tajuk asas teknikal disebelah kanan anda.

Sunday, January 24, 2010

Channel

Channel juga banyak membantu trader untuk mencari harga tertinggi dan terendah dalam forex trading.

Bagaimana nak lukis channel? OK, trendline yang kita bincang sebelum ini adalah asas kepada channel. Jika trend market bull, kita akan mencari dua low yang sesuai sebagai garisan trendline kita.

Sama juga seperti channel. Jika market bull, cari dua low yang sesuai yang kita nampak boleh disuaikan sebagai garis trendline. Setelah trendline dilukis, double klik pada garis trendline tadi, tekan ctrl di keyboard anda dan 'drag'kan ke atas kepada high yang sesuai untuk dijadikan line channel. Sila lihat contoh dibawah :

Friday, January 22, 2010

Trendline

Trendline digunakan untuk mencari level breakout dan pullback yang mungkin boleh dijadikan rujukan untuk melihat kemana trend market yang seterusnya.

Bagaimana hendak kita tentukan trendline pada graf kita?
Untuk trend bullish, cari dua harga low yang sesuai untuk dihubungkan garisan trendline.
Untuk trend bearish, cari 2 harga high yang sesuai untuk dihubungkan garisan trendline.
Sila lihat rajah dibawah:



Ini adalah contoh trendline untuk bullish market. Lihat bagaimana breakoutout trendline telah berjaya mengubah market dari bull ke bearish




Ini adalah contoh trendline untuk bearish market. Lihat bagaimana breakoutout trendline telah berjaya mengubah market dari bearish ke bullish


Namun anda harus berhati-hati kerana trendline juga memainkan peranan sebagai price pullback. Jadi disini anda perlu mahir dengan penggunaan trendline untuk menentukan samada price breakout atau pullback. Anda harus mengesan major trend terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk memasuki market. Lihat contoh dibawah trendline berfungsi sebagai pullback price :



Lihat bagaimana trendline memainkan peranan sebagai pullback price.


Tips penggunaan trendline untuk mengesan pullback price :

Kenalpasti major trend. Sebaiknya anda lihat trend di timeframe 4jam samada trend bull atau bear.

Jika trend bearish, cari dua titik high yang sesuai seperti rajah diatas di timeframe yang lebih kecil contohnya timeframe 1 jam.

Jika price menyentuh trendline yang telah anda lukis sebaiknya anda sell kerana berkemungkinan price akan pullback disitu untuk kembali kepada major trend

Pivot point

Pivot point adalah harga pertengahan antara support dan resistance. Namun support n resistance pada tajuk pivot point adalah berbeza dengan dengan support n resistance yang kita bincangkan sebelum ini.

Jika sebelum ini kita menentukan support n resistance secara manual dengan memplot harga terendah di graf sebagai support dan memplot harga tertinggi sebagai resistance namun pada kali ini untuk mencari harga support n resistance ialah melalui kaedah pengiraan matematik dimana kita perlu menentukan dahulu harga pada pivot point.

Setelah harga pivot point, support dan resistance telah ditentukan, bolehlah kita merujuk harga2 tersebut sebagai level breakout ataupun level retracement(harga patah balik). Bagaimana harga pivot point, support dan resistance dikira sila lihat dibawah :

Pivot point boleh ditentukan dengan mengambil harga tertinggi kelmarin (high), harga terendah kelmarin(low)dan juga harga penutup kelmarin(close).

Pivot point = (High + Low + Close) / 3

Setelah anda memperolehi harga pivot point, anda boleh menggunakan formula dibawah untuk menentukan supoort dan resistance pula. Biasanya support dan resistance akan dikira sehingga 3 level iaitu R1, R2, R3 dan S1, S2, S3.

* R1 = (2*Pivot point) - Low

* R2 = Pivot Point + (High - Low)

* R3 = High + 2*(Pivot Point-Low)

* S1 = (2*Pivot Point) - High

* S2 = Pivot Point - (High - Low)

* S3 = Low - 2*(High - Pivot Point)

Setelah anda dapat kesemua input ini, anda bolehlah plotkan harga-harga input ini ke graf anda untuk dijadikan rujukan semasa bertrading.

Bagaimana menggunakan nilai-nilai input ini?Input-input harga ini boleh digunakan untuk target profit, stoploss dan open position buy/sell.
Pelbagai cara telah lahir hasil daripada analisis pivot point. Antaranya ialah :

Jika harga hari ini open diatas nilai pivot point maka buka position buy. Dan sebaliknya jika harga open dibawah pivot buka position sell.

Lihat pada trend sekarang, jika trend sedang bullish dan harga menyentuh level resistance anda bolehlah membuka position buy dan jika market bearish dan harga menyentuh level support anda bolehlah membuka position sell

Lihat kepada trend market sekarang. Jika market bullish dan ada retracement pasang position buy pada level support kerana keberangkalian market akan kembali bullish setelah menyentuh level support.
Jika market bearish dan ada retracement pasang position sell dilevel resistance kerana keberangkalian market kembali bearish setelah menyentuh level resistance.

Support n Resistance



Beberapa level support n resistance yang dapat kita kenal pasti dalam graf




Support adalah level bawah dan resistance adalah level atas

Support n Resistance adalah dua level dalam graf yang mana jika break salah satunya memungkinkan market akan bertukar arah atau meneruskan trend sedia ada. Contohnya apabila harga break resistance trader akan membuka position buy dan jika harga break support trader akan membuka position sell.



Market bearish meneruskan trend bearish apabila support yang dikesan telah breakout



Market sedang bullish namun trend bertukar arah kepada bearish apabila support yang dikesan telah breakout



Walaupaun digunakan lebih kepada level breakout namun ssupport n resistance juga boleh digunakan untuk membantu trader mencari harga tertinggi dan harga terendah ketika market sideway. Ketika market sideway harga support akan dijadikan rujukan untuk position buy dan harga resistance dijadikan rujukan untuk position sell.



Market bergerak sideway, lihat bagaimana resistance level dijadikan rujukan untuk sell dan support level dijadikan rujukan untuk buy

Candlestick

Candlestick adalah jenis graf yang paling kerap dan menjadi kegemaran para trader forex. Candlestick akan bergerak mengikut timeframe yang anda pilih. Katakan anda sedang memerhati timeframe 1 jam. Ini bermakna candlestick di timeframe 1 jam akan bergerak selama sejam dan selepas sejam candlestick baru akan muncul. Sama juga ditimeframe yang lain misal kata timeframe 5 minit. Candlestick akan bergerak dalam jangkamasa 5 minit dan sesudah 5 minit candlestick baru akan muncul.

Candlestick umumnya terbahagi kepada 2 iaitu candlestick bullish dan bearish.

Candlestick bullish adalah candlestick yang menunjukkan pergerakan menaik dimana close price berada diatas open price sesudah candlestick itu siap.

Contohnya candlestick ditimeframe 1 jam untuk pasangan GBP/USD. Candlestick tersebut bermula (open price) pada harga 1.6150 dan sesudah sejam candlestick tersebut tamat(close price) pada harga 1.6200. Ini menunjukkan candlestick tersebut adalah bullish disebabkan close price lebih tinggi dari open price.


Bullish candlestick

Candlestick bearish pula menunjukan pergerakan menurun dimana close price berada dibawah open price.

Contohnya candlestick ditimeframe 1 jam untuk pasangan GBP/USD. Candlestick tersebut bermula (open price) pada harga 1.6200 dan sesudah sejam candlestick tersebut tamat(close price) pada harga 1.6150. Ini menunjukkan candlestick tersebut adalah bearish disebabkan close price lebih rendah dari open price.


Bearish candlestick

Dari segi teknikal, candlestick juga boleh memainkan peranan untuk trader menentukan arah graf yang seterusnya. Ini akan saya terangkan di bahagian asas teknikal.

Moving average


Contoh garisan exponential moving average bernilai 5 dan 10.

Moving average adalah garisan yang melambangkan purata pergerakan setiap candlestick di timeframe yang anda pilih.

Katakan anda memilih timeframe 1 jam dan meletakkan nilai 10 untuk moving average anda. Ini menunjukkan purata pergerakan 10 candlestik timeframe 1 jam yang dilambangkan dengan garisan.

Dan katakan anda letakkan satu lagi moving average yang bernilai 5 ditimeframe 1 jam anda. Ini bermakna purata pergerakan 5 candlestick ditimeframe 1 jam dalam bentuk garisan.

Anda dapat perhatikan moving average bernilai 5 akan lebih sensitif pergerakanya berbanding moving average bernilai 10 kerana pengiraan purata 5 candlestick lebih laju berbanding pengiraan 10 candlestick.
Apabila berlaku persilangan antara 2 garisan moving average ini bermakna keberangkalian graf bersedia bertukar arah dan disini para trader akan mengambil peluang untuk membuka order buy/sell.

Moving average terbahagi kepada beberapa jenis antaranya exponential, simple, smoothed dan linear weighted. Setiap jenis moving average mempunyai kekuatan dan kelemaham masing-masing.

Agak sukar untuk saya cadangkan moving average apakah yang sesuai dalam trading forex ini. Namun jika untuk sekadar cadangan, saya rekemenkan anda exponential moving average(EMA)7 dan 14 digunakan di timeframe 30 minit selain EMA 5 dan 10 juga di timeframe 30 minit. Lebih molek jika anda memasuki market dengan merujuk kepada trend 4 jam dahulu.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.