Friday, January 22, 2010

Trendline

Trendline digunakan untuk mencari level breakout dan pullback yang mungkin boleh dijadikan rujukan untuk melihat kemana trend market yang seterusnya.

Bagaimana hendak kita tentukan trendline pada graf kita?
Untuk trend bullish, cari dua harga low yang sesuai untuk dihubungkan garisan trendline.
Untuk trend bearish, cari 2 harga high yang sesuai untuk dihubungkan garisan trendline.
Sila lihat rajah dibawah:



Ini adalah contoh trendline untuk bullish market. Lihat bagaimana breakoutout trendline telah berjaya mengubah market dari bull ke bearish




Ini adalah contoh trendline untuk bearish market. Lihat bagaimana breakoutout trendline telah berjaya mengubah market dari bearish ke bullish


Namun anda harus berhati-hati kerana trendline juga memainkan peranan sebagai price pullback. Jadi disini anda perlu mahir dengan penggunaan trendline untuk menentukan samada price breakout atau pullback. Anda harus mengesan major trend terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk memasuki market. Lihat contoh dibawah trendline berfungsi sebagai pullback price :



Lihat bagaimana trendline memainkan peranan sebagai pullback price.


Tips penggunaan trendline untuk mengesan pullback price :

Kenalpasti major trend. Sebaiknya anda lihat trend di timeframe 4jam samada trend bull atau bear.

Jika trend bearish, cari dua titik high yang sesuai seperti rajah diatas di timeframe yang lebih kecil contohnya timeframe 1 jam.

Jika price menyentuh trendline yang telah anda lukis sebaiknya anda sell kerana berkemungkinan price akan pullback disitu untuk kembali kepada major trend

1 comment:

  1. Bonus Tanpa Deposit Opsi Biner

    1.Dapatkan $30 dan jadikan $200!
    2.Daftar untuk menerima $30, sebagai bonus gratis tanpa deposit
    3.Hasilkan turnover 30 kali volume
    4.Dapatkan hingga $200 dengan dana bonus tersebut
    5. Cetak keuntungan lebih besar lagi atau tarik dana tersebut
    www.ayrex.com

    ReplyDelete