Showing posts with label Teknik forex. Show all posts
Showing posts with label Teknik forex. Show all posts

Monday, July 5, 2010

Trade dengan candlestick

Bagi saya candlestick adalah indicator paling power dalam meta4 kita. Trade dengan candlestick lebih mudah dan menguntungkan jika kita betul-betul berdisplin. Ok saya nak ketengahkan satu method dengan menggunakan candlestick. Cuba lihat chart di bawah :



Cari setup seperti rajah diatas. Timeframe ikut suka, tapi saya cadangkan timeframe 15 minit ke atas la.

Syarat-syarat nak enter trade untuk sell adalah :

1)Pastikan candle pertama bearish untuk position sell.

2)Pastikan candle kedua mesti close dibawah low candle pertama

3)Pending order satu pips dibawah low candle kedua.

Stoploss ikut kemampuan money management anda. Tapi saya cadangkan SL pada high candle kedua atau high candle pertama.

Target profit pulak saya cadangkan antara 10-15 pips.





Syarat-syarat nak enter buy adalah :

1)Pastikan candle pertama bullish untuk position buy.

2)Pastikan candle kedua mesti close diatas high candle pertama

3)Pending order satu pips diatas high candle kedua.

Stoploss ikut kemampuan money management anda. Tapi saya cadangkan SL pada low candle kedua atau low candle pertama.

Target profit pulak saya cadangkan antara 10-15 pips.

Thursday, February 11, 2010

HiLo daily

Ini adalah satu lagi teknik mudah yang boleh kita praktikkan.
Teknik ini hanya mengambil harga tertinggi kelmarin dan harga terendah kelmarin untuk dijadikan entrance pada hari ini.

Contohnya pair gbp/usd kelmarin mempunyai high 1.6500 dan low 1.6300 maka pada hari ini :

kita pending order buy diharga 1.6500

pending order sell dinilai 1.6300

TP dan SL adalah 30 pips.

Martingale

Konsep Martingale
Pada prinsipnya, konsep idea martingale adalah bagaimana kita “menebus” kesalahan dengan membuka position baru, entah searah (averaging) atau berlawanan (cut-switch) dengan kuantitinya berlipat ganda, dengan harapan position yang baru ini profit dan profitnya cukup untuk cover “kesalahan” kita yang sebelumnya tetapi apabila position baru ini masih lagi salah , kita perlu membuka position baru yang kuantitinya juga berlipat ganda dari yang sebelumnya. Dan seterusnya.

Memang, semakin kita membuka posisi baru untuk menebus yang lama, maka risiko kita akan SEMAKIN BESAR kerana jumlah lotnya berlipat ganda.
Andai kita memasang 1 lot dan kemudian posisi ini loss 50 pips, maka untuk menebusnya (sesuai konsep martingale) maka kita membuka 2 lot, dan untuk menebus yang sebelumnya dua lot ini harus profit sekurang-kurangnya 30 pips sehingga= (30 pips x 2 lot) – (50 pips x 1lot) = 60 – 50 = 10 pips .

1 lot adalah level satu, 2 lot adalah level 2, 4 lot adalah level 3 dan seterusnya.

Persoalan sekarang, berapakah jumlah margin yang harus kita sediakan? Dan berapa kali kita sanggup melipat gandakan position kita?

Lihat pengiraan ini, andai kata kita salah melakukan position level satu dan loss 50 pips, level 2 loss lagi 50 pips, dan level 3 loss lagi 50 pips, level 4 loss lag 50 pipsi!!! Dan di level 5 lah kita baru untung 50 pips, jadi pengiraannya seperti dibawah:

level 1 -> 1 lot x -50 pips = -50
level 2 -> 2 lot x – 50 pips = -100
level 3 -> 4 lot x -50 pips = -200
level 4 -> 8 lot x – 50 pips = -400
level 5 -> 16 lot x 50 pip = 800
————————————-
Maka = 50 pips profit

Berapakah margin yang harus kita sediakan, tambah saja: 50 + 100+ 200 + 400 + 800 = 1550, kali dua = 3100 pips. Dengan kata lain untuk position level satu kita harus menyiapkan kuantiti yang sanggup menahan floating 3100 pips tetapi ini terlalu besar, saya cadangkan margin 2500 pips.

Wednesday, February 10, 2010

Pivot trade

Pivot trade adalah satu lagi trading teknik yang berpandukan kepada nilai pivot.

Teknik ini sangat mudah dimana anda hanya masuk position pada open price hari ini mengikut waktu server broker anda. Selalunya server broker akan buka new daily candle pada pukul 6 pagi waktu Malaysia dan ketika ini anda bolehlah standby untuk buat order berdasarkan pengiraan pivot point.

Buat pengiraan pivot point seperti formula yang telah kita bincang sebelum ini atau anda boleh masuk disini. Ambil data high low open close kelmarin untuk dapatkan pivot point hari ini.

Cara masuk position mengikut teknik ini adalah tunggu open price hari ini dan :

Buy jika price dibuka di atas pivot point
Sell jika price dibuka di bawah pivot point

TP 30 pips dan SL 30 pips. Selamat mencuba

Monday, January 25, 2010

Persilangan EMA

Persilangan EMA (exponantial moving average)juga antara teknik yang digemari oleh trader bukan sahaja newbie malah trader elit juga menggunapakai persilangan MA sebagai rujukan mereka untuk memasuki market

Persilangan EMA yang ingin saya ketengahkan adalah persilangan EMA 7 dan 14 difilter dengan EMA 100.

Bagaimana persilangan ini berfungsi? Hanya masuk position buy bila berlaku persilangan EMA 7 dan 14 diatas EMA 100 dan position sell apabila berlaku persilangan EMA 7 dan 14 dibawah EMA 100.

Timeframe dicadangakan adalah 30 minit.Target profit dicadangkan 70 pips dan stoploss pula 40 pips




Teknik Pivot Point Daily 20pips

Teknik mudah ini hanya memerlukan anda berada didepan chart pada awal pagi ketika market untuk hari baru dibuka.

Hanya buat pengiraan pivot point, lihat harga untuk permulaan hari ini dibuka samada di bawah atau di atas harga pivot.

Jika harga permulaan pada hari ini dibuka di atas pivot point, pasang pending order buy dengan menjarakkan 20pips dari harga pembukaan hari ini.

Jika harga permulaan pada hari ini dibuka di bawah pivot point, pasang pending order sell dengan menjarakkan 20pips dari harga pembukaan hari ini.

Target profit dicadangkan adalah 20pips dan stoploss dicadangkan adalah 30pips.

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh melayari disini.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.