Lebih dua bulan saya tidak mengupdate blog ini. Kali terakhir saya update post saya berkisar kepada perfomance Intelfx yang bagi saya boleh dikatakan terbaik untuk sebuah broker baru. Tetapi sejak dua menjak, terdapat masalah antara Intelfx dan para-para IBnya yang menyebabkan konflik dalaman sehingga menyebabkan kebanyakkan IB-IB Intelfx meninggalkan Intelfx. Apa yang saya ketahui, konflik ini berpunca dari pihak Intelfx yang gagal menguruskan pembayaran komisen kepada IB-IB yang selama ini telah mempromosikan Intelfx diseluruh pelosok internet.
Perkara sebegini tidak menjejaskan kita sebagai trader di Intelfx. Kita sebagai trader jarang berfikir tentang komisen kerana apa yang penting adalah profit dari trading forex kita. Namun adakah kita sebagai trader harus berhati-hati dengan Intelfx yang telah mengecewakan para IB nya? Jawapan saya ialah ya. Walaupun konflik dalaman ini tidak menjejaskan kita sebagai trader, namun nasihat saya yang juga sebagai salah seorang trader disini, kita harus berhati-hati dengan situasi ini. Tidak mustahil konflik ini boleh merebak kepada trader. Saya bukan hendak berpandangan negatif terhadap Intelfx tetapi sekadar beringat sebelum kena. Saya akan terus beringat sehingga situasi sebenar didedah dan ada penjelasan yang lengkap dari pihak Intelfx berkenaan konflik ini. Sehingga sekarang pihak Intelfx banyak berdiam. Yang banyak memberi feedback adalah bekas IB-IB intelfx yang banyak meluahkan perasaan mereka di forum-forum terkenal tanahair.
Sehingga saat saya menulis post ini, withdraw dan deposit masih berjalan lancar dan dalam seminggu dua ni agak kurang berlaku masalah teknikal. Pilihan ditangan anda. Selamat memorex.
Blog ini saya ketengahkan untuk newbie forex supaya anda dapat sedikit ilmu pembayang berkenaan forex sebelum anda belajar ilmu yang lebih tinggi lagi bersama sifu2 anda. Saya harap blog ini memberi manfaat kepada newbie2 forex dalam melayari arus sebagai trader yang penuh dugaan ini.
Showing posts with label Luahan perasaan. Show all posts
Showing posts with label Luahan perasaan. Show all posts
Friday, October 8, 2010
Saturday, February 13, 2010
Nama blog ditukar
Setelah difikirkan adakah patut nama blog ini ditukarkan kepada yang lebih brutal, akhirnya tadikafx.blogspot.com telah ditukarkan kepada silentrader.blogspot.com setelah cubaan mencari beberapa domain baru yang brutal dijalankan.
Kenapa perlu menukar domain baru? Sebab blog ini bukan sahaja untuk pembelajaran tapi juga akan bakal dijadikan tempat untuk luahan perasaan dikala hati bercelaru memikirkan kemana chart akan pergi. Jadi dengan domain tadikafx rasanya kurang sesuai jika saya hendak melakukan terjahan perasaan disebabkan nama blog terlalu skema.
Walaupun penyusunan ayat dalam blog ini agak skema, tapi percayalah owner blog ini adalah seorang yang berjiwa rock lagi metal. Penyusunan ayat yang skema bertujuan supaya ilmu yang disampaikan lebih berkat dan lebih mudah diterima oleh kawan-kawan yang baru berjinak-jinak dengan forex.
Jadi sekian dulu coretan yang akan dilabelkan sebagai luahan perasaan. Peace no war

Subscribe to:
Posts (Atom)