Monday, January 25, 2010

Apa itu Forex

Forex adalah singkatan kepada foreign exchange atau tukaran matawang asing dalam Bahasa Melayu. Forex dijalankan secara berpasangan matawang dengan menjual satu matawang kepada matawang lain atau membeli dari satu matawang kepada matawang lain.

Contoh :

Pasangan GBP/USD
GBP = Pound sterling
USD = USA dollar

USD adalah matawang major dan GBP adalah minor. Jika anda melihat graf untuk pasangan matawang ini anda akan melihat pergerakan nilai pip USD.

Bagaimana anda memperolehi keuntungan dalam urusniaga forex

Konsep 'Buy' dalam forex.

Katakan anda memilih pasangan GBP/USD untuk urusniaga forex anda. Anggap diri anda sebagai rakyat USA yang ingin melancong ke UK. Anda perlu membeli sejumlah GBP untuk memudahkan perjalanan anda ke UK kelak. Katakan anda membeli GBP1000.00 dan nilai terkini untuk GBP1000.00 adalah USD1650.00. Jadi anda perlu membayar USD1650.00 untuk membeli GBP1000.00.

GBP1000.00 = USD1650.00

Dan secara tiba-tiba setelah anda membeli GBP anda tak jadi melancong ke UK. Jadi anda perlu menjual kembali matawang GBP1000.00 ke nilai USD. Jadi adalah lebih bijak jika anda menunggu sehingga tukaran untuk GBP1000.00 = USD1660.00 dan anda akan memperolehi USD10.00 sebagai keuntungan anda.

GBP1000.00 = USD1660.00

Anda telah untung USD10.00 disebabkan peningkatan pergerakkan nilai USD


Konsep 'Sell" dalam forex.

Setelah rancangan anda melancong ke UK batal, anda telah menjual GBP1000.00 dengan harga USD1660.00 dan memperolehi USD10.00 keuntungan. Tiba-tiba rakan anda di UK pula ingin meminjam duit anda sebanyak GBP1000.00. Jadi anda perlu membeli kembali GBP1000.00. Jika anda membeli GBP1000.00 pada harga sekarang pada nilai USD1660.00 anda akan kehilangan keuntungan USD10.00 tadi.

GBP1000.00 = USD1660.00

Jadi untuk terus memastikan anda tidak kehilangan USD10.00 tersebut anda perlu memastikan kadar tukaran GBP1000.00 lebih rendah dari nilai USD1660.00. Setelah menanti selama 2 hari akhirnya tukaran untuk GBP1000.00 turun kepada USD1600.00 dan anda terus membeli GBP1000.00 pada harga tersebut. Jadi disini anda telah memperolehi keuntungan USD60.00 kerana membeli GBP1000.00 pada kadar harga USD1600.00 dari jumlah asal anda USD1660.00.


GBP1000.00 = USD1600.00

Anda memperolehi keuntungan USD60.00 anda hasil penurunan pergerakan nilai USD.

Jadi saya harap anda faham mengapa ketika kita 'buy' kita mengharapakan graf GBP/USD menaik dan bila kita 'sell' kita mengharap graf GBP/USD menurun.

Apa itu 'PIPS'

Bila kita bertrading forex, kita akan melihat pergerakan di graf kita. Setiap pergerakan itu digelar 'PIP'. PIP adalah singkatan kepada percentage in point. Katakan pergerakan pasangan GBP/USD dari 1.6150 kepada 1.6200 bermakna pasangan GBP/USD telah bergerak sebanyak 50 pips.


Lot

Lot adalah sejumlah wang yang kita tradekan semasa kita membuka position kita.

Lot dikira dengan menggunakan matawang minor.

Lot terbahagi kepada 1 lot, 0.1 lot dan sekarang kebanyakan broker sudah menyediakan 0.01 lot.

1 lot = 100,000 matawang minor. 1 pip lebih kurang USD10.00
0.1 lot = 10,000 matawang minor. 1 pip lebih kurang USD1.00
0.01 lot = 1000 matawang minor. 1 pip lebih kurang USD0.10

Contoh :

Pasangan GBP/USD. GBP adalah matawang minor. Jika kita buka position buy 1 lot untuk pasangan GBP/USD bermakna kita perlukan GBP100,000 untuk meneruskan trading kita.

Mana hendak cari sampai GBP100,000? Dalam forex disediakan kemudahan leverage.


Leverage

Leverage adalah kemudahan kewangan yang disediakan oleh broker kepada trader diatas perjanjian dan persetujuan antara broker dan trader ketika trader membuka akaun bersama broker tersebut.

Apa yang dimaksudkan dengan kemudahan kewangan? Apabila trader menggunakan leverage contohnya 1:500 dalam tradingnya ini bermaksud modal trader tersebut telah digandakan sebanyak 500 kali. Jadi jika trader meletakkan deposit sebanyak USD1000, trader tersebut mempunyai kekuatan modal sebanyak USD500,000. Trader boleh membuka position 1 lot dengan hanya bermodalkan USD323 namun ini sangat berisiko kerana leverage boleh menjerat trader jika gagal diuruskan dengan bijak.

Contoh pengiraan leverage 1:500 untuk pasangan GBP/USD (initial capital USD1000):

Untuk buka akaun 1 lot = GBP100,000 = USD161,500

USD161,500 (Nilai 1 lot dalam USD) / 500 (Leverage) = USD323
Modal untuk buka 1 lot hanya USD323. Namun ia sangat berisiko kerana 1 lot untung/rugi untuk 1 pip adalah USD10.00.

Baki margin yang tinggal
USD1000(initial capital) - USD323(modal untuk 1 lot) = USD677 (baki margin yang tinggal)
USD677 (baki margin yang tinggal) / USD10(untung/rugi setiap pips) = 67 pips

Jadi anda hanya dapat bertahan 67 pips. Jika market bergerak berlawanan dengan position anda sebanyak 67 pips maka margin call akan menjengah anda.



Jadi ini adalah serba sedikit pengenalan forex sebelum anda memulakan trading anda. Untuk memulakan trading forex anda, anda perlu belajar asas teknikal dalam forex. Untuk belajar asas-asas teknikal forex anda boleh memilih tajuk-tajuk asas teknikal disebelah kanan anda.

2 comments:

  1. Terima kasih kepada tuan punya blog ini.
    Banyak sangat membantu orang baru seperti saya.
    Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  2. Bonus Tanpa Deposit Opsi Biner

    1.Dapatkan $30 dan jadikan $200!
    2.Daftar untuk menerima $30, sebagai bonus gratis tanpa deposit
    3.Hasilkan turnover 30 kali volume
    4.Dapatkan hingga $200 dengan dana bonus tersebut
    5. Cetak keuntungan lebih besar lagi atau tarik dana tersebut
    www.ayrex.com

    ReplyDelete

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.