Tuesday, January 26, 2010

Order

Untuk membuat order, perhatikan market watch disebelah kanan anda, pilih pair matawang pilihan anda right click dan pilih new order.

Dalam platform metatrader, ada 2 jenis order yang disediakan iaitu instant execution dan pending order.

Instant execution adalah order yang dilakukan secara on the spot dimana jika anda berhasrat untuk buy pada harga sekarang maka anda akan memilih order jenis instant execution.

Pending order pula ialah order yang dilakukan pada harga akan datang. Contohnya jika harga sekarang untuk GBP/USD 1.6200 dan anda berhasrat untuk buy pada harga 1.6250 anda seharusnya memilih pending untuk memasuki pasaran.

Pending order terbahagi kepada dua jenis iaitu buy/sell limit dan buy/sell stop.
Buy limit bererti anda membuat order pada harga yang lebih rendah pada harga pasaran sekarang. Contohnya harga sekarang ialah 1.6200 dan anda ingin membeli pada harga 1.6150 seharusnya anda memilih pending order jenis buy limit.

Buy stop pula apabila anda berhasrat untuk buy pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran sekarang. Contohnya harga sekarang adalah 1.6200 dan anda berhasrat untuk buy pada harga 1.6250 seharusnya anda menggunakan pending order jenis buy stop.

Sell limit pula apabila anda berhasrat untuk sell pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran sekarang. Contohnya harga sekarang 1.6200 dan anda berhasrat untuk sell pada harga 1.6250 seharusnya anda menggunakan pending order jenis sell limit.

Sell stop pula apabila anda berhasrat untuk sell pada harga yang lebih rendah dari haraga pasaran sekarang. Contohnya harga sekarang adalah 1.6200 dan anda berhasrat untuk sell pada harga 1.6150 seharusnya anda menggunakan pending order jenis sell stop.

Anda harus ingat, jika anda membuat instant execution untuk buy GBP/USD contohnya pada harga 1.6200 harga yang anda dapat ialah 1.6203 kerana position buy dirujuk pada harga ask dan perbezaan spread. Tetapi jika anda sell, anda akan mendapat terus harga 1.6200 tetapi anda akan tetap ditolak spread kerana bila anda close position sell anda platform akan merujuk kepada harga ask.

Dan jika anda berhasrat untuk membuat pending order buy seharusnya anda menambah nilai spread atau merujuk kepada harga ask. Contohnya anda ingin membeli GBP/USD pada harga 1.6200, anda seharusnya membuat pending order pada harga 1.6203.

Untuk pending order sell pula jika anda berhasrat untuk memasuki pasaran pada harga 1.6200, anda bolehlah meletakkan terus nilai 1.6200 kerana sell merujuk kepada harga bid. Namun jika target profit anda contohnya 10 pips, anda harus set kan harga target profit anda pada 1.6187 bukan 1.6190 kerana perbezaan spread dan dirujuk kepada harga ask.

3 comments:

  1. untuk mendapatkan hasil trading yang optimal da kita bisa tetap fokus dalam meengelola bisnis ini maka penggunaan pending order di octafx juga dilakukan secara baik, namum sudah tentu dengan menggunakan analisa yang benar dan dibantu pula oleh adanya berita keuangan untuk bie melihat ke arah mana market akan bergerak

    ReplyDelete
  2. Bonus Tanpa Deposit Opsi Biner

    1.Dapatkan $30 dan jadikan $200!
    2.Daftar untuk menerima $30, sebagai bonus gratis tanpa deposit
    3.Hasilkan turnover 30 kali volume
    4.Dapatkan hingga $200 dengan dana bonus tersebut
    5. Cetak keuntungan lebih besar lagi atau tarik dana tersebut
    www.ayrex.com

    ReplyDelete

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.