Friday, October 8, 2010

Konflik dalaman Intelfx

Lebih dua bulan saya tidak mengupdate blog ini. Kali terakhir saya update post saya berkisar kepada perfomance Intelfx yang bagi saya boleh dikatakan terbaik untuk sebuah broker baru. Tetapi sejak dua menjak, terdapat masalah antara Intelfx dan para-para IBnya yang menyebabkan konflik dalaman sehingga menyebabkan kebanyakkan IB-IB Intelfx meninggalkan Intelfx. Apa yang saya ketahui, konflik ini berpunca dari pihak Intelfx yang gagal menguruskan pembayaran komisen kepada IB-IB yang selama ini telah mempromosikan Intelfx diseluruh pelosok internet.

Perkara sebegini tidak menjejaskan kita sebagai trader di Intelfx. Kita sebagai trader jarang berfikir tentang komisen kerana apa yang penting adalah profit dari trading forex kita. Namun adakah kita sebagai trader harus berhati-hati dengan Intelfx yang telah mengecewakan para IB nya? Jawapan saya ialah ya. Walaupun konflik dalaman ini tidak menjejaskan kita sebagai trader, namun nasihat saya yang juga sebagai salah seorang trader disini, kita harus berhati-hati dengan situasi ini. Tidak mustahil konflik ini boleh merebak kepada trader. Saya bukan hendak berpandangan negatif terhadap Intelfx tetapi sekadar beringat sebelum kena. Saya akan terus beringat sehingga situasi sebenar didedah dan ada penjelasan yang lengkap dari pihak Intelfx berkenaan konflik ini. Sehingga sekarang pihak Intelfx banyak berdiam. Yang banyak memberi feedback adalah bekas IB-IB intelfx yang banyak meluahkan perasaan mereka di forum-forum terkenal tanahair.

Sehingga saat saya menulis post ini, withdraw dan deposit masih berjalan lancar dan dalam seminggu dua ni agak kurang berlaku masalah teknikal. Pilihan ditangan anda. Selamat memorex.

No comments:

Post a Comment

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.