Saturday, February 13, 2010

Paypal

Sekarang kebanyakkan broker yang regulated sudah menyediakan deposit dan withdraw melalui paypal. Jadi seharusnya anda yang belum mempunyai akaun paypal mendaftar sebagai satu pilihan jika ingin bertukar kepada broker yang regulated.

Paypal bukan saja untuk kemudahan trader bersama broker malah banyak lagi faedah lain jika anda mempunyai akaun paypal. Anda boleh shopping di internet dengan lebih selesa kerana penggunaan kad kredit selalunya kurang selamat di internet. Dengan adanya khidmat paypal, detail kad kredit anda tidak didedahkan dan disinilah kelebihan paypal.

Jika anda tidak mempunyai kad kredit untuk mendaftar paypal, anda boleh menggunakan debit kad sebagai ganti untuk pendaftaran paypal. Sekarang sudah banyak debit kad dikeluarkan oleh bank-bank tempatan dan antara debit kad yang mesra paypal adalah dari bank Al-Rajhi dan Public Bank.

Daftarlah paypal tidak kira anda seorang trader atau tidak, kerana paypal adalah satu keperluan wajib bagi kaki-kaki online seperti anda.

Daftar paypal di www.paypal.com

4 comments:

  1. dah ada paypal tapi belum verified. Tak sempat nak gi apply debit card lagi.

    Ada kata tak leh pakai maybank debit card. Betol ke?

    ReplyDelete
  2. paypal boleh verified dgn debit kad maybank..tp ikut cerita yg sy dgr time nk withdraw susah

    ReplyDelete
  3. bro sebagai IB terima paypal tak? kalau terima aku buka akaun bawah bro..huhu

    ReplyDelete
  4. Betul, kini banyak sekali terdapat metoda untuk kita deposit dan withdrawal, sehingga kita bisa semakin leluasa dalam menjalankan kegiatan trading kita. di OctaFX saya lebih suka untuk menggunakan metode Bank Lokal dalam melakukan proses deposit dan withdrawal. tentu karena hal ini saya rasakan lebih mudah diakses.

    ReplyDelete

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.